Sunday, March 27, 2011

Panadol Oh Panadol

Salam semua.... dah lama betul ina tak update blog... macam-macam perasaan ade... malas... letih... bosan... semua ade... kali ni ina just nak share tentang panadol...:) sebabnye esok dalam program mingguan kat opis "HSE TALK" ina kena present... so ina akan bercerita la pasal panadol ni.... jom kite pakat baca,,... thanks mr.hubby tolong me carikkan tajuk yer..


SEBUAH KISAH BENAR....



Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )




Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.. 0_o...

1 comment:

  1. Assalamualaykum Bonda Naufal,
    Harap dalam kedaan sihat sejahtera.. berkenaan entry ni, saye rase ade percanggahan fakta dalam entry ni.. Panadol adalah antara ubat yang paling sleamat, kalau dimakan mengikut preskripsi yang telah diberikan oleh doktor / pegawai farmasi. Saye tak setuju kalau avoid Panadol tapi amik chinese herbs atau minuman bergas walaupon isotonik. Chinese herbs mengandungi kandungan steroid yang tinggi, yang mana steroid boleh menyebabkan sistem pertahanan badan (immune system) akan menjadi kucar kacir..
    Kajian saintifik dari luar mahupon dalam negara dah menunjukkan bahawa morfin adalah dadah yang selamat dan painkiller yang berkesan, sekiranya diguna dalam dos yang betul.
    Harap Bonda Naufal boleh.. erm.. terima penjelasan saye.. sekiranya ade pertanyaan atau perkara nak bincang, boleh hubungi saye.. :)
    anyway, nice blog ! saye suke baca blog Puan..

    -Dr. Hanin, KKM-

    ReplyDelete